Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka, satu perkataan keramat bagi semua
manusia yang menghargai kebebasan. Saya bagi pihak Team Slumberdeqs
ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Malaysia tercinta dan
seluruh rakyat Malaysia.
Apa itu merdeka? Takrifannya ada banyak,
setiap orang ada versi jawapannya yang tersendiri. Ada yang menyifatkannya
sebagai bebas dari penjajahan bangsa asing. Ada pula yang merasakannya
sebagai hidup bebas tanpa gangguan dan ada juga yang merasakan hidup
merdeka ini bebas dari gangguan isteri atau awek masing-masing,
terutamanya yang kuat berleter. (yang perempuan jangan marah ye,
gurau je).
Saya, merasakan merdeka ini bukan sahaja
bebas dari perkara yang saya sebutkan tadi tetapi untuk menghayati
nilai sebenar kemerdekaan dalam konteks masa kini, kita
perlu memerdekakan diri sendiri. Kita seharusnya merdeka daripada
nilai atau sifat yang merugikan seperti malas berusaha, terlalu
bergantung kepada orang lain(tidak berdikari) dan sebagainya. Setelah
kita merdeka daripada sifat-sifat ini, barulah kita dapat memastikan
negara kita sentiasa bebas dan merdeka.
Penjajahan zaman sekarang tidak lagi melibatkan senjata
dan ketenteraan. Zaman sekarang, penjajahan dilakukan secara halus
dan sukar dikesan. Mereka menggunakan kuasa ekonomi untuk menjajah
sesebuah negara. Sesiapa yang menguasai ekonomi dialah yang akan
menjadi tuan. Tambahan pula dengan konsep globalisasi dan dunia
tanpa sempadan sekarang, kita harus bersedia menghadapi ancaman
dan saingan ekonomi dari negara luar. Oleh itu, penting untuk kita
membangunkan diri sendiri untuk menghadapi ancaman ini. Oleh itu,
mari kita bersama-sama menghayati tema hari kebangsaan dan merayakan
Hari Kebangsaan kita.
HIDUP MALAYSIA!
Marsyal Yau@Makob
|